Monday, December 22, 2008

PETRODOLLAR WARFARE

Back in 1971, the USA printed and spent far more paper money than it could cover by gold. Few years later, French demanded redemption of its paper-dollar holdings in gold. But the USA rejected as it actually didn't have enough gold for the dollars it had already printed and spent all over the world, thus committing an act of bankruptcy.
So the USA went to the Saudis and cut a deal-OPEC denominate all sales of oil in US Dollars. From that point, every nation that needed to buy oil had to firstly hold us dollars, which meant that they exchanged their goods and services for dollars, which the Americans just printed.
The Americans brought their oil literally for free by printing those dollars. The ultimate free lunch for the Americans at the expense of the rest of the world.
However, the scam began to unravel when Saddam Hussein started selling Iraq's oil directly for EURO, abrogating the cozy arrangement the Americans had with OPEC, Thus Saddam had to be stopped.....HOW?
But Hugo Chavez (Venezuela President) also started selling Venezuelan oil for currencies other than dollars, so there were a number of attempts on his life and "regime change", traceable right back to the CIA. The PetroDollar cat was out of the bag.
USA concocted up a pretext to wage war (drama of twin tower blast) and invade Iraq and the first thing the Americans did was to revert sales of oil back to dollars. The currency crisis was averted for the moment.
IRAN President, Ahmedinejad, watching all of this, decided to kick The Great Satan in the goolies and do the same thing-SELL OIL FOR EVERY CURRENCY EXCEPT US DOLLARS.
The shell game is coming to an end for the Americans. As the nations of the world find that they can buy oil for their own currencies instead of holding paper US Dollars, more OPEC nations will abandon the Dollars.
That will be the end of the American Empire, the end of funding for the US military and the destruction of the US economy.
The Great SCAM is coming to an end and there's not a lot that the USA can do about it except start another WORLD WAR!

Monday, November 17, 2008

NAGA DARAT

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia.

Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico.

Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

Kebaikan Penanaman Buah Naga
1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.
2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.
3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.
4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.
5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.
6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).
7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.. Keseluruhannya, buah ini baik untuk kesihatan dan keperluan harian. Ini telah dibuktikan melalui analisis pemakanan yang dilakukan oleh "Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities".


RAHSIA LAHIR NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Friday, November 14, 2008

TERNAKAN KAMBING BAWA PULANGAN LUMAYAN





Dalam Laporan Ekonomi bagi tahun 2007-2008 baru-baru ini memperlihatkan sektor pertanian diunjur berkembang 3.5 peratus dan salah satu penyumbangnya ialah hasil daripada status positif Projek Ladang Bersepadu yang berjaya meningkatkan pengeluaran penternakan bagi menampung permintaan dalam dan luar negara.

Berbanding keadaan dulu, penternak yang hanya bergantung kepada padang ragut sahaja, pada masa kini mereka mula mengorak langkah setapak lagi dengan mengambil inisiatif membuka projek ternakan lembu dan kambing di dalam kawasan ladang sawit yang memudahkan lagi para penternak mendapatkan makanan ternakan seperti daun kelapa sawit kering yang mana mampu menjimatkan kos operasi malah bukan sahaja mendapat hasil yang lumayan daripada tanaman utama, sekaligus memberi hasil daripada penjualan ternakan.

Bekalan daging kambing tempatan ketika ini hanya dapat menampung lapan peratus permintaan pasaran dan selebihnya 92% adalah daging import dari negara luar seperti Australia, Indonesia dan Vietnam.

Sumbangan sektor pertanian dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memang tidak dapat disangkal lagi dengan kadar 7.7 peratus dan menurut Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan kerajaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan menjelang tahun 2015.

Menyedari hakikat bidang penternakan yang berpotensi besar kerajaan berusaha untuk meningkatkan lagi kemajuan teknologi dan pembangunan fasiliti antaranya dengan menubuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan, Taman Kekal Pengeluaran Pertanian dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Perkembangan dan potensi bidang penternakan khususnya penternakan kambing di Sabah mula mendapat tumpuan, tidak hairanlah ramai penternak mencebur diri dalam bidang itu malah berusaha untuk membesarkan skala penternakan mereka untuk menampung permintaan pasaran daging kambing yang selalu tidak mencukupi terutama sekali ketika musim perayaan.

“Daging kambing ni sedap, dan tidak hairanlah permintaannya juga banyak ada yang memprosesnya dalam bentuk daging segar, sosej dan burger malah susu kambing juga dipercayai mampu mengubati beberapa jenis penyakit antaranya asma dan penyakit kuning pada bayi”, ujar Haji Manjor Mastan, 53 tahun pemilik syarikat Perusahaan Al- An’aam yang juga merupakan salah seorang penternak yang giat mengusahakan penternakan kambing secara fidlot di Jalan Indrasabah Balung Cocos, Tawau.

Kejayaan beliau dalam bidang penternakan memang tidak dapat disangkal lagi dan kemampuan beliau terbukti pada tahun 2003 apabila dinobatkan sebagai Penternak Jaya Kategori Ternakan Lembu pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2003. Oleh yang demikian tidak hairanlah pada bulan April lepas Haji Manjor dikunjungi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail sempena lawatan kerja beliau ke daerah itu.

Semuanya bermula apabila Haji Manjor membeli sebuah ladang seluas 20 ekar berserta 20 ekor kambing yang dibelinya di Batu 27 Apas Balung, Tawau telah menimbulkan minat beliau untuk mengusahakan penternakan itu dengan lebih serius. Pada awal tahun ini sahaja Haji Manjor telah membuka ladang ternakan kambingnya secara sistem fidlot dengan keluasan 8900 kaki persegi yang mana mampu menempatkan 600 hingga ke 800 ekor kambing.

Menurut Haji Manjor terdapat tiga sebab mengapa bidang ini berpotensi besar Pertama, kos penjagaan seekor kambing untuk mencapai usia enam bulan dengan berat sekitar 20kg hingga 25kg yang mana usia sesuai seekor kambing boleh dijual hanya RM100/seekor untuk tempoh 6 bulan, dan kalau dilihat harga pasaran ketika ini adalah sekitar RM300 hingga ke RM4OO seekor dan ini terbukti menguntungkan.

Kedua, untuk kandang fidlot seluas ini Haji Manjor hanya memerlukan dua orang pekerja untuk memastikan operasi kandang ini berjalan dengan lancar dan salah satu kelebihan sistem fidlot itu juga ialah pada waktu hujan pekerja beliau masih boleh turun bekerja kerana kandang yang berbumbung memudahkan urusan pengagihan makanan, pemerhatian tahap kesihatan kambing termasuklah rawatan terhadap kambing yang sakit.

Ketiga, inilah kelebihan Projek Ladang Bersepadu yang mana kandang tersebut dibuka di dalam kawasan kelapa sawit, oleh itu dari segi mendapatkan sumber makanan memang tiada masalah kerana di ladang itu terdapat banyak daun kelapa sawit kering (OPH-Oil Palm Hay) yang dicantas ketika penuaian buah sawit, inilah yang menjadi bidang penternakan kambing secara ladang bersepadu berpotensi dan menguntungkan.

“Bayangkan sekiranya anda boleh menghasilkan 500 ekor kambing setahun untuk dijual, tentu sekali membawa pulangan lumayan”, ujar Haji Manjor yang suatu ketika dulu mula meminati bidang penternakan semasa beliau belajar di New Zealand dan dari situlah terpupuk minat yang mendalam terhadap bidang penternakan.

Menurut Haji Manjor lagi, antara lembu dan kambing dari segi pengurusan kandang adalah lebih mudah untuk menjaga kambing kerana kambing saiznya kecil mudah untuk dipindah-pindahkan serta membuat rawatan berbanding lembu. Dari segi pemakanannya pula, kambing bersifat browser maksudnya semua jenis rumput boleh dimakan dan haiwan ini tidaklah memilih sangat.

“Yang perlu disediakan untuk pemakanan dan penjagaan kambing ini ialah dedak iaitu formulasi makanan ternakan yang mengandungi jagung dan hampas kacang soya, pemberian Vitamin, ubat antibiotik untuk mengelakkan penyakit pneumonia (selesema) dan garam mineral untuk pembinaan tulang”, kata beliau. Pengusaha berjaya itu hanya mampu membekalkan kambing di sekitar daerah Tawau dan daerah terdekat walau pun adakalanya mendapat tempahan dari Kota Kinabalu memandangkan permintaannya yang tinggi beliau berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluarannya untuk memenuhi keperluan pasaran.

Beliau turut menasihatkan para penternak yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing perlu mengambil kira beberapa perkara yang mesti dititik beratkan antaranya, keluasan setiap kandang di dalam ladang ternakan mestilah kira-kira 14’ x 10’ yang boleh menempatkan seekor jantan dan 12 betina. Hal ini perlu kerana keluasan penting untuk memudahkan kambing bergerak dan sekiranya kandang tidak cukup luas ia menterhadkan pergerakan kambing yang boleh mengakibatkan tekanan (stress) berlaku kepada ternakan dan ini boleh menyebabkan kematian ternakan.

“Bagi penternak yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini, kenalah bersabar dengan karenah kambing malah mengikut pengalaman saya untuk permulaan bolehlah mengambil 20 ekor dahulu (seekor jantan dan 19 ekor lagi betina) kemudian baru tambah dan tambah sehingga bilangannya mencapai 100 ekor dengan cara ini penternak dapat membiasakan diri dengan karenah haiwan ini”, kata beliau lagi.

Haji Manjor turut mengesyorkan penggunaan daun kelapa sawit sebagai pengganti rumput Napier, Setaria dan Guineam kerana menurut beliau kandungan nutrien dalam daun sawit untuk keperluan kambing tidak jauh berbeza malahan kandungan airnya juga rendah dan tidak menimbulkan keadaan cirit birit kepada anak-anak kambing yang mana penyakit cirit birit atau kembung perut boleh membawa implikasi kematian kepada anak-anak kambing.

Rutin harian Haji Manjor di ladang bermula seawal jam 7.00 pagi dengan memastikan pekerjanya memberi makanan yang secukupnya bagi setiap kandang ternakan beliau yang menempatkan kambing-kambing baka kacukan Boer, Katjang, Australian Feral dan Kalahari. Beliau akan memastikan daun kelapa sawit sentiasa cukup dan memantau masa ke semasa kesihatan kambing-kambing tersebut.

Menurutnya, bukan satu perkara yang mudah apabila kambing mula dijangkiti penyakit, dan selalunya yang merisaukan beliau ialah penyakit pneumonia iaitu selesema ataupun paru-paru berair kerana penyakit ini boleh berjangkit dan sekiranya berlaku kambing itu perlu segera diasingkan.

“Penyakit lain lagi yang saya risaukan ialah berlakunya ‘fibre ball’ atau pun ‘hair ball’, iaitu gumpalan rumput tidak hadam berlaku dan tersumbat pada usus kambing yang lama kelamaan kambing tersebut akan menjadi kurus akibat kurang selera makan dan akhirnya mengakibatkan kematian”, tambah Haji Manjor lagi ketika membawa kami melihat baka kambing jenis Boer yang mana terbukti boleh mencecah berat 40kg dalam masa 12 bulan dan mampu mencapai harga yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang pembakaan pula, hanya kambing yang mencecah berat 20kg hingga 25kg sahaja diambil dan diasingkan untuk digemukkan dan tentu sekali dari segi bentuk fizikal sama ada otot dan bulu yang cantik juga diambil kira. Apabila kambing mencapai usia 10 bulan barulah ianya dikahwinkan. Tempoh bunting kambing puratanya mengambil masa 148 hari. Ini memungkinkan ternakan tersebut melahirkan anak satu hingga dua kali setahun. Walau bagaimana pun kambing jantan sesuai dijadikan pembiak apabila mencapai usia 12 bulan.

“Anak kambing yang berusia tiga bulan juga perlu diasingkan jantan dan betina bagi mengelakkan ‘perkahwinan’ awal kambing-kambing ini malah tagging juga penting untuk memudahkan kita menentukan kambing dari baka mana malah dapat mengelakkan kambing dikahwinkan dengan induknya yang boleh mengakibatkan inbreeding ”, katanya.

Hasil daripada pencapaian Haji Manjor yang memberangsangkan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah telah memasukkan ladang ternakan beliau sebagai salah seorang penerima Program Transformasi yang mana penternak dibekalkan dengan 200 ekor kambing baka Feral dan kacukan Boer dari Australia untuk mencapai sasaran jabatan itu iaitu 1000 ekor kambing induk bagi seorang penternak.

“Peluang dalam bidang penternakan di negeri ini memang luas, kelebihannya di Sabah ini ialah kita bebas dari ancaman penyakit kuku dan mulut berbanding di Semenanjung Malaysia yang mana penyakit ini sering mengancam ternakan mereka, gunalah kelebihan yang kita ada untuk menjadikan Sabah sebagai hab pengeluar daging utama negara,” tambah beliau lagi.

Haji Manjor mampu tersenyum sekarang melihat ladang ternakan kambingnya mula membuahkan hasil seperti ladang ternakan lembunya yang sebelum ini pernah menempa namanya sebagai salah seorang penternak yang berjaya suatu ketika dahulu.

Beliau mengharapkan generasi muda mampu mengalas cabaran untuk memajukan sektor penternakan di negeri ini.

“Apa yang saya terfikir ketika ini ialah, adakah generasi muda iaitu generasi pelapis mampu meneruskan perusahaan ladang ternakan kambing seperti apa yang saya lakukan sekarang? Apakah ada minat di kalangan generasi muda masa kini untuk mencebur diri dalam bidang yang bergelumang dengan najis kambing dan kotoran malah ianya juga memerlukan usaha yang lebih gigih, tepuk dada tanyalah selera,” katanya lagi.

Mengulas mengenai graduan-graduan lepasan ijazah ketika ini, Haji Manjor memuji sikap sesetengah graduan yang telah pun memilih bidang penternakan mahu pun pertanian sebagai karier hidup mereka.

Ujar beliau lagi, bagi yang baru ingin memulakan ladang ternakan kambing, jangan tergopoh gapah membuat pinjaman sebaliknya minta syor dari Jabaran Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak dahulu sama ada tanah yang ingin dibangunkan ladang ternakan sesuai atau tidak.
“Kalau boleh saya ingin membantu melatih generasi muda yang ingin belajar selok belok pengurusan ladang ternakan seperti ini, kalau agensi-agensi kerajaan berminat menghantar pelajar ke ladang saya, saya rela membantu mencurah ilmu kepada yang berminat,” kata beliau yang terus komited terhadap perkembangan sektor penternakan di negeri ini yang masih terbuka luas untuk diterokai malah Haji Manjor turut merancang untuk membesarkan lagi penternakan kambing beliau pada masa akan datang.








bUSTA hARDEY